Amir Hamzah Fokus Laksana Mandat Hingga Tamat Penggal Sebagai Senator 11 Dis

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan hari ini menegaskan bahawa beliau akan terus memberikan tumpuan untuk melaksanakan mandat yang diberikan sehingga tamat tempoh sebagai Ahli Dewan Negara pada 11 Disember ini.

“(Perkara) ini bukan rahsia. Saya akan menghabiskan penggal (sebagai Ahli Dewan Negara) pada 11 Disember. Buat masa sekarang, pendekatan saya ialah fokus melaksanakan mandat yang diberikan kepada saya sehingga selesai.

“Apa yang akan berlaku selepas itu, kita lihat dahulu. Ya, fokus saya ialah buat kerja dulu,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Pemerkasaan Ekonomi Maybank di sini hari ini. 

Ad Banner

Ditanya sama ada beliau mahu meneruskan khidmat sebagai senator, Amir Hamzah berkata sebarang keputusan berhubung perkara itu selepas tamat penggalnya akan dipertimbangkan kemudian.

“Saya rasa kita buat macam itulah. Bagi habis kerja itu dulu. Itu yang penting,” katanya.

Amir Hamzah dilantik sebagai senator pada 12 Dis 2023 dan serentak dilantik sebagai Menteri Kewangan II. 

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA