BERITA TERKINI   KLCC Property Holdings Bhd catat keuntungan bersih RM203.87 juta pada Suku Ketiga Tahun Kewangan 2026 | 

Zetrix AI Kemuka Rayuan Berhubung Lanjutan Tempoh Pembayaran Dividen

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Zetrix AI Bhd hari ini mengemukakan surat rayuan berhubung keputusan Bursa Malaysia menolak permohonannya untuk melanjutkan tempoh pembayaran semua dividen tunai yang tertunggak kepada pemegang saham yang tidak terjejas.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Zetrix AI memaklumkan bahawa Bursa Malaysia menerusi surat bertarikh 20 Nov, telah menolak permohonan syarikat itu untuk mendapatkan pelanjutan masa bagi mematuhi Perenggan 8.26 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama berhubung dividen akhir satu peringkat sebanyak 2.89 sen bagi setiap saham biasa untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025.

Permohonan itu juga turut melibatkan pembayaran dividen tunai yang tertunggak.

Ad Banner

Sehubungan itu, Zetrix AI akan terus mengadakan perbincangan dengan Bursa Malaysia mengenai perkara berkenaan.

“Syarikat akan terus mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mematuhi keperluan yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia,” tambahnya.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner