2jam ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, susulan data ekonomi utama yang lebih kukuh daripada jangkaan menyokong sentimen pasaran, kata seorang peniaga.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Persatuan Perniagaan Mikro Malaysia (MAMBA) menggesa pelaksanaan strategi menyeluruh di peringkat nasional bagi memupuk dan membangunkan perniagaan Malaysia sehingga mampu menjadi peneraju di peringkat serantau dan global.
5jam ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 53.7 peratus tahun ke tahun kepada RM396.5 bilion pada September 2026 daripada RM258.1 bilion setahun lepas, disokong pertumbuhan kukuh eksport dan import, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Firma robotik dan kenderaan autonomi telah menandatangani empat kerjasama dengan Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital (Sidec) Selangor untuk menubuhkan dan menjalankan projek perintis di negeri ini.
2hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan rendah pada pembetulan teknikal antara RM4,100 hingga RM4,200 satu tan.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang 5.2 peratus pada 2026 sebelum menyederhana kepada 4.7 peratus pada 2027, di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi serantau, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
3hari ago
LABUAN, 15 Okt (Bernama) -- Perbadanan Labuan (PL) melantik usahawan Jeffrey Lim Tau Hoong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Labuan Sdn Bhd (ILSB), iaitu anak syarikat pelaburan milik sepenuhnya PL berkuat kuasa hari ini.
4hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.7 peratus pada suku ketiga 2026, disokong oleh penggunaan domestik, pelaburan dan aktiviti pembuatan, kata Ketua Ahli Ekonomi TA Securities Shazma Juliana Abu Bakar.
4hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur untuk hari kedua berturut-turut hari ini, dengan SMR 20 mencatatkan penurunan mendadak selaras dengan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah.
4hari ago
KUALA LUMPUR 15 Okt (Bernama) -- Hampir 88 peratus projek pembuatan yang diluluskan di Selangor antara 2021 hingga Jun 2026 telah mula dilaksanakan daripada peringkat pembinaan hinggalah kepada pengeluaran, setakat 13 Oktober 2026, demikian menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
4hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan memperkukuh sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia untuk menembusi pasaran global melalui platform e-dagang, bimbingan berkaitan kawal selia di luar negara dan promosi produk.
4hari ago
JELI, 15 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasarkan pasaran Afrika sebagai destinasi baharu dalam memperluas eksport komoditi negara dengan menjadikan Kenya sebagai pintu masuk utama menerusi misi perdagangan yang dirancang Kementerian Perladangan dan Komoditi.