BERITA TERKINI   Lebih 86 peratus pesakit di Perlis bertemu doktor dalam tempoh kurang 60 minit menerusi projek rintis EMR di bawah PERSADA - Fahmi | Kes kematian pelajar tingkatan dua disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan - Ketua Polis N. Sembilan | Seorang pelajar ditahan bantu siasatan kematian pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah semalam- Fadhlina | Gerakan penyatuan ummah perlu terus diusahakan agar perbezaan parti tak halang capai kesepakatan - TPM Ahmad Zahid | Gempa bumi lemah bermagnitud 3.3 berlaku di Kuamut, Kinabatangan, Sabah pada 5.35 pagi tadi - MetMalaysia | 

Terdapat 113 berita berdasarkan kata kunci carian " perlindungan"

Malaysian Re, China Re Life Tandatangani Perjanjian Bersejarah Bagi Perlindungan Rawatan Kanser

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re) dan China Reinsurance Life Insurance Company Ltd (China Re Life) menandatangani perjanjian insurans semula untuk menyokong rangka kerja insurans semula yang pertama bagi perlindungan rawatan perubatan ketepatan kanser (CPM) di Malaysia.

PowerUp10K: KUSKOP Salur RM5 Bilion, Beri Manfaat 185,000 Usahawan Hingga Mei – Sim

GEORGE TOWN, 18 Jun (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) meluluskan pembiayaan berjumlah RM5 bilion setakat 31 Mei lepas, memanfaatkan 185,000 usahawan di seluruh negara, kata Menterinya Steven Sim Chee Keong.

Cuaca Ekstrem, Bencana Alam Jadi Risiko Utama Sektor Pembinaan Dalam Lima Tahun Akan Datang

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Zurich Insurance Group mengenal pasti cuaca ekstrem dan bencana alam sebagai risiko paling serius yang dihadapi oleh sektor pembinaan dalam tempoh lima tahun akan datang dengan memberikan skor 6.2 daripada tujuh.

Uzbekistan Bakal Tarik Lebih Banyak FDI Susulan Penambahbaikan Dalam Iklim Pelaburan - Presiden

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 17 Jun (Bernama) -- Uzbekistan sedang berusaha untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ketika negara itu melaksanakan langkah-langkah sistematik untuk menambah baik iklim pelaburannya, termasuk menubuhkan Pusat Kewangan Antarabangsa Tashkent (TIFC) dan meluaskan inisiatif penswastaan. 

Pemegang Saham Allianz Malaysia Lulus Semua Usul Pada AGM Ke-52

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pemegang saham Allianz Malaysia Bhd meluluskan semua usul yang dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-52 kumpulan itu, bersempena ulang tahun ke-25 penubuhannya tahun ini.