BERITA TERKINI   Malaysia, Myanmar sepakat perkukuh hubungan dua hala, utamakan kerjasama berorientasikan rakyat - Anwar | Malaysia sasar pengurangan mutlak 15 hingga 30 juta tan karbon dioksida setara menjelang 2035 di bawah NDC 3.0 - TPM Fadillah | Pengendali pelabuhan perlu giat usaha penyahkarbonan untuk penuhi piawaian alam sekitar antarabangsa, kekal daya saing dalam industri maritim global - Loke | Pelabuhan di Malaysia perlu mempercepat usaha penyahkarbonan untuk capai sasaran pelepasan sifar bersih Pertubuhan Maritim Antarabangsa menjelang 2050 - Loke  | Kira-kira 3,000 hingga 4,000 warga Myanmar yang kini berada di depot imigresen dijangka dihantar pulang ke negara asal - Anwar | 

Terdapat 365 berita berdasarkan kata kunci carian " digital"

Jelawang Capital, Dana Perintis Salur RM588 Juta Kepada Syarikat Pemula Pada 2025 

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat Khazanah Nasional Bhd, Jelawang Capital, bersama Dana Perintis di bawah Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), menerajui pembiayaan modal teroka dengan menyalurkan RM588 juta kepada syarikat pemula dalam sektor pengguna, digital, teknologi pertanian dan teknologi pendidikan pada 2025. 

GLIC Salur RM20.3 Bilion Di Bawah Inisiatif GEAR-uP Pada 2025, Tingkatkan Taraf Hidup Rakyat

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) --  Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) memperuntuk dan menyalurkan sebanyak RM20.3 bilion di dalam negara pada 2025 menerusi Program Pengaktifan dan Reformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GEAR-uP), yang melangkah ke tahun ketiganya.

MATRADE Galak Usahawan Sabah Manfaatkan INSP MIHAS Bagi Tembusi Pasaran Global

Oleh Rohana Nasrah

KOTA KINABALU, 7 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menggalakkan usahawan Sabah menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 dan mendaftar dalam Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) yang dianjurkan bersempena pameran itu.

Sarawak Anjur IDECS 2026 Oktober Ini

KUCHING, 6 Ogos (Bernama) -- Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2026 yang kesembilan akan berlangsung pada 5 hingga 6 Oktober ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), bertemakan "Scaling Innovation Ecosystems for a Borderless Economy: Earth, Orbit and Beyond."

Penganjuran M360 ASEAN 2026 Di Kuala Lumpur Bakal Perkukuh Sektor Digital Malaysia - Fahmi

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pemilihan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah acara M360 ASEAN 2026 pada 9 dan 10 September depan dijangka dapat mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam sektor telekomunikasi, kecerdasan buatan (AI) dan ketersambungan di rantau ini.

KL20 2026 Tambah Empat Fokus Baharu, Perluas Tumpuan Ke Lapan Sektor - Akmal Nasrullah

PETALING JAYA, 6 Ogos (Bernama) -- Acara Kuala Lumpur 20 (KL20) 2026 akan memperkenalkan empat fokus tambahan, iaitu ekonomi kreatif, ekonomi digital, permainan digital dan sektor ketiga, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Kualiti Audit Firma Bertambah Baik, Tenaga Kerja Masih Jadi Cabaran Utama -- Laporan Audit SC

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Lembaga Pemantauan Audit (AOB) di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendapati amalan tingkah laku beretika, perundingan, pematuhan dan cabaran profesional firma audit utama berada pada tahap kukuh, mempamerkan budaya berorientasikan kualiti yang mampan di seluruh firma.

Maybank Singapore Sertai Inisiatif BLOOM MAS, Pacu Pembayaran Rentas Sempadan Digital

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Maybank Singapore Ltd hari ini mengumumkan penyertaannya dalam inisiatif Borderless, Liquid, Open, Online, Multi-Currency (BLOOM) oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS), yang bertujuan memperkukuh infrastruktur pembayaran rentas sempadan dan perbankan transaksi generasi baharu bertaraf dunia.

Delegasi Eropah, Malaysia Bincang Pembaharuan, Peralihan Hijau Dan Kerjasama

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Delegasi perniagaan Eropah mengadakan beberapa mesyuarat dengan agensi kerajaan Malaysia pada minggu ini bagi membincangkan inisiatif pembaharuan, peralihan hijau serta peluang untuk mengukuhkan kerjasama dua hala.

BAC Akan Labur US$150 Juta Bagi Kemudahan Pembuatan Di Nilai

NILAI, 5 Ogos (Bernama) -- Syarikat penyedia penyelesaian penyejukan mampan dan penyingkiran haba BAC memulakan pembinaan kemudahan pembuatan baharunya di Nilai dengan pelaburan yang dirancang berjumlah US$150 juta (US$1 = RM4.09) bagi memperkukuh keupayaan pembuatan, kejuruteraan dan inovasi serantaunya, selain mewujudkan sehingga 200 pekerjaan berkemahiran tinggi menjelang 2035.

Kerajaan Nilai Semula Keperluan Import, Rangka Dasar Perkukuh Industri Domestik

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan menilai keperluan import negara termasuk barangan modal dan merangka dasar untuk mengurangkan kebergantungan pada ekosistem luaran dalam Malaysia giat memperkukuh industri domestik dan mewujudkan nilai yang lebih baik daripada perdagangan dan pelaburan.

Eksport E&E Malaysia Dijangka Kekal Kukuh Pada Suku Kedua Disokong Pelaburan AI -- CGS International

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Malaysia dijangka mengekalkan momentum ekonominya pada separuh kedua 2026 didorong oleh kekukuhan sektor teknologi terutamanya kekuatan eksport elektrik dan elektronik (E&E) yang disokong oleh peningkatan pelaburan dalam infrastruktur kecerdasan buatan (AI) global.