BERITA TERKINI   Jerebu: Semua JPN, PPD diminta terus pantau keadaan dan ambil tindakan segera sekiranya perlu - Fadhlina | Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, KL, Putrajaya serta Rompin, Pahang ditutup esok - Fadhlina | Jerebu: Semua sekolah agama di bawah JAIS ditutup sepenuhnya mulai esok, sekolah Islam persendirian disarankan ikut ketetapan - Pengarah JAIS | Jerebu : Semua institusi pendidikan di bawah KPM seluruh Selangor ditutup sepenuhnya mulai esok - JPN Selangor | Kejuaraan Kelab ASEAN 2026/2027: JDT 6-0 PKR Svay Rieng FC | 

Terdapat 17 berita berdasarkan kata kunci carian " agihan keuntungan"

'Bailout' Tabung Haji 2018 Elak Pengeluaran Deposit, Krisis Pasaran Kewangan - TH

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) berkata pelan pemulihan dan penstrukturan semula yang dilaksanakan pada 2018 merupakan langkah penyelamatan kewangan (bailout) yang perlu bagi mengelakkan institusi itu daripada berdepan insolvensi, di samping melindungi simpanan pendeposit dan memastikan kemampanan kewangan institusi berkenaan. 

TH Tidak Sepatutnya Isytihar Hibah 2017 RM2.75 Bilion, Amal Perakaunan Kreatif

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) tidak sepatutnya mengisytiharkan agihan keuntungan (hibah) tahunan sebanyak 4.50 peratus dan agihan keuntungan (hibah) haji 1.75 peratus yang menelan perbelanjaan sehingga RM2.75 bilion bagi tahun kewangan 2017, menurut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Laporan RCI TH Syor Audit Forensik Terhadap 14 Pelaburan Bermasalah

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan yang lalu dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.

Kewangan TH Kini Lebih Kukuh Didorong Usaha Pemulihan Berterusan, Penstrukturan Semula

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) kini berada pada kedudukan kewangan yang jauh lebih kukuh berbanding prestasi 2018 hasil usaha pemulihan berterusan dan penstrukturan semula.

Tiada Cadangan Laksana Cukai Kekayaan Buat Masa Ini - MoF

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kerajaan ketika ini tidak bercadang untuk melaksanakan cukai kekayaan sebanyak dua peratus ke atas individu kaya raya bagi menampung perbelanjaan kerajaan, menurut Kementerian Kewangan (MoF).