8hari ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Zurich Insurance Group mengenal pasti cuaca ekstrem dan bencana alam sebagai risiko paling serius yang dihadapi oleh sektor pembinaan dalam tempoh lima tahun akan datang dengan memberikan skor 6.2 daripada tujuh.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Syarikat Malaysia yang melaksanakan amalan dan piawaian pelaporan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang kukuh dijangka mempunyai kelebihan daya saing tersendiri dan akses kepada peluang perniagaan di Kesatuan Eropah (EU) dan pasaran antarabangsa lain, menurut pakar pelaporan kemampanan.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), dengan kerjasama Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO), melancarkan Program Bersepadu Bandar Mampan (SCIP) GEF-8 di Selangor.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Unit Taghill Holdings Bhd, iaitu Taghill Projects Sdn Bhd memperoleh kontrak daripada Exsim MX4 Sdn Bhd berjumlah RM133 juta untuk membina dan menyiapkan kerja-kerja bangunan utama dan infrastruktur bagi D'Evia @ Kwasa Damansara (Pakej 2) di Shah Alam, Selangor.
11hari ago
SHAH ALAM, 15 Jun (Bernama) -- Kedudukan kewangan Selangor masih pada tahap sihat walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi global susulan krisis bekalan global serta turun naik pasaran dunia.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corp) dan Korea Environment Corporation (K-Eco) Korea Selatan memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dalam pembangunan biogas dan inisiatif berkaitan keneutralan karbon.
13hari ago
SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) -- Tumpuan Kerajaan Negeri Selangor terhadap pembangunan koridor utara merangkumi Hulu Selangor dan Kuala Selangor, berpotensi menjadikan kawasan itu sebagai hab ekonomi baharu negeri, khususnya sektor tenaga dan industri strategik untuk mengharungi cabaran krisis tenaga global.