Terdapat 18 berita berdasarkan kata kunci carian " harga minyak mentah "

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Penurunan Harga Minyak

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas harga minyak mula menurun, seterusnya meredakan kebimbangan inflasi dan merangsang sentimen yang lebih baik terhadap logam berharga itu.

Sektor O&G Malaysia Dalam Fasa Pemulihan Dua Peringkat, Harga Minyak Sokong Pendapatan Jangka Pendek - AmInvestment

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia dalam fasa pemulihan dua peringkat, dengan harga minyak yang tinggi menyokong prestasi pendapatan jangka pendek manakala perbelanjaan modal Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang meningkat semula dijangka memacu pemulihan aliran kontrak secara berperingkat mulai 2027 dan seterusnya, menurut AmInvestment Bank Bhd.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Kadar Faedah BOJ Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Selasa berikutan pelabur terus berhati-hati susulan keputusan Bank of Japan (BOJ) untuk menaikkan kadar faedah.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Susulan Jangkaan Kadar Fed Tidak Berubah

KUALA LUMPUR, 16 Jun  (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) akan mengekalkan kadar faedah dalam persekitaran kebimbangan inflasi yang semakin reda serta penurunan hasil Perbendaharaan AS.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Dipacu Sentimen Global Lebih Positif

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, seiring dengan prestasi ekuiti serantau apabila sentimen risiko geopolitik bertambah baik susulan perjanjian sementara antara Amerika Syarikat dan Iran untuk membuka semula Selat Hormuz, kata penganalisis.

Pasaran Getah Kukuh Didorong Kenaikan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Isnin, didorong oleh kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan kebimbangan terhadap bekalan getah asli yang ketat, kata seorang peniaga.