1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) – Lembaga Tabung Haji (TH) sedang meneruskan usaha mendapatkan baki award timbang tara daripada syarikat pemaju hartanah dan pengurusan projek berpangkalan di Arab Saudi, Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co. Ltd termasuk menerusi penjejakan aset selepas syarikat itu hanya membayar SAR14.9 juta daripada award berjumlah SAR899 juta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan surat peringatan sebanyak lima siri kepada pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan Menteri Hal Ehwal Agama mengenai masalah jurang antara aset dan tanggungan TH.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerajaan telah menyelamatkan Tabung Haji (TH) dengan ‘bailout’ melebihi RM10 bilion akibat kerakusan penyelewengan bagi memulihkan kedudukan kewangan dan bukan untuk mengambil aset institusi berkenaan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Kerajaan berisiko menanggung liabiliti kira-kira RM74.5 bilion pada 2018 sekiranya berlaku pengeluaran panik secara besar-besaran (bank run), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Lembaga Tabung Haji (TH) tidak sepatutnya mengisytiharkan agihan keuntungan (hibah) tahunan sebanyak 4.50 peratus dan agihan keuntungan (hibah) haji 1.75 peratus yang menelan perbelanjaan sehingga RM2.75 bilion bagi tahun kewangan 2017, menurut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.
1bulan ago
KUCHING, 24 Julai (Bernama) -- Projek Adong Kechil West (AKW) oleh Petroleum Sarawak Bhd (Petros) yang seterusnya akan menumpukan kepada pembangunan kemudahan pengeluaran dan infrastruktur untuk membekalkan gas ke loji janakuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) Miri, yang disasarkan beroperasi menjelang akhir 2027.
2bulan ago
BANGI, 30 Jun (Bernama) -- Pencapaian Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengkomersialkan lebih 240 teknologi dengan potensi nilai pasaran melebihi RM6 bilion membuktikan penyelidikan sawit negara terus relevan dengan keperluan industri, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.