6hari ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
ISTANBUL, 21 Jun (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia baru-baru ini bukan sahaja menyaksikan deklarasi sidang kemuncak, mesyuarat dua hala dan perbincangan mengenai perdagangan dan tenaga, malah turut memperlihatkan sambutan luar biasa yang diterima beliau di pentas antarabangsa.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Turkmenistan memperkukuh komitmen kedua-dua negara untuk memperluas kerjasama dalam sektor tenaga, dan pada masa sama mengiktiraf sumbangan positif Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dalam sektor itu sejak sekian lama.
7hari ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
ASHGABAT (TURKMENISTAN), 20 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), menerusi anak syarikat milik penuhnya Petronas Carigali (Turkmenistan) Sdn Bhd (PC(T)SB), hari ini meraikan tiga dekad kehadirannya di Turkmenistan melalui pemeteraian beberapa perjanjian baharu bagi memperkukuh kerjasama strategik jangka panjang dengan negara itu.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Peningkatan Malaysia pada kedudukan ke-15 dalam Penarafan Daya Saing Dunia 2026 oleh Institut Pembangunan Pengurusan Antarabangsa (IMD) mencerminkan usaha pembaharuan yang berterusan dan penyelarasan yang lebih erat antara sektor awam serta swasta, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
8hari ago
KUALA LUMPUR,19 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Korea Selatan memperkukuh lagi kerjasama strategik dalam tenaga boleh baharu (TBB) susulan pertukaran surat hasrat (LOI) bagi Projek Naik Taraf Biogas Kilang Sawit Negeri Terengganu, inisiatif yang akan menukarkan sisa daripada industri minyak sawit kepada biogas asli mampat (Bio-CNG).
8hari ago
JOHOR BAHRU, 18 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri melancarkan Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP) dengan mengenal pasti 83 projek pelaburan menerusi lapan industri keutamaan yang dijangka menjana pelaburan bernilai RM167.4 bilion.
8hari ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu mewujudkan rangka kerja perundangan dan kawal selia yang kukuh serta membangunkan tenaga kerja mahir sebelum tenaga nuklear boleh dipertimbangkan secara realistik dalam campuran sumber tenaga jangka panjang negara, kata Ketua Pengarah Persatuan Nuklear Sedunia (WNA) Dr Sama Bilbao y Leon.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pemegang saham Allianz Malaysia Bhd meluluskan semua usul yang dibentangkan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-52 kumpulan itu, bersempena ulang tahun ke-25 penubuhannya tahun ini.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Vantris Energy Bhd kembali mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM145.79 juta pada suku pertama (S1) bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2027 (TK2027), berbanding kerugian bersih RM477.95 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.