2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia dalam fasa pemulihan dua peringkat, dengan harga minyak yang tinggi menyokong prestasi pendapatan jangka pendek manakala perbelanjaan modal Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang meningkat semula dijangka memacu pemulihan aliran kontrak secara berperingkat mulai 2027 dan seterusnya, menurut AmInvestment Bank Bhd.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Scanwolf Corporation Bhd (SCB) memperoleh kontrak berjumlah RM75 juta bagi kerja-kerja penanaman cerucuk dan substruktur melibatkan projek pembangunan bercampur 74 tingkat di Jalan Pavilion, Kuala Lumpur.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Vantris Energy Bhd kembali mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM145.79 juta pada suku pertama (S1) bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2027 (TK2027), berbanding kerugian bersih RM477.95 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Powerwell Holdings Bhd, Kejuruteraan Powerwell Sdn Bhd telah memperoleh kontrak RM158.81 juta untuk membekalkan papan suis voltan rendah berhubung dengan projek pusat data di Johor.