Terdapat 28 berita berdasarkan kata kunci carian " dosm"

Inflasi Malaysia Naik 2.0 Peratus Pada Mei 2026 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 2.0 peratus pada Mei 2026 dengan mata indeks mengalami kenaikan kepada 137.1 daripada 134.4 berbanding tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Jumlah Perdagangan Malaysia Meningkat 29.8 Peratus Kepada RM327.6 Bilion Pada Mei 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia pada Mei 2026 meningkat 29.8 peratus kepada RM327.6 bilion berbanding RM252.5 bilion pada tempoh sama tahun lepas, didorong pertumbuhan kukuh eksport dan import, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dagangan Malaysia Cecah RM3.1 Trilion Pada 2025, Pulau Pinang Ungguli Eksport -- DOSM

GEORGE TOWN, 16 Jun (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia berkembang kepada RM3.1 trilion pada 2025, merangkumi RM1.6 trilion dalam eksport dan RM1.5 trilion import, dengan Pulau Pinang terus menerajui prestasi eksport negara, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Perbelanjaan Pelancongan Domestik Malaysia Meningkat Kepada RM121.3 Bilion Tahun Lepas

PUTRAJAYA, 16 Jun (Bernama) -- Sektor pelancongan domestik Malaysia merekodkan pertumbuhan yang memberangsangkan pada 2025 dengan jumlah perbelanjaan pelawat domestik meningkat 13.6 peratus kepada RM121.3 bilion berbanding RM106.7 bilion pada 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).