Terdapat 36 berita berdasarkan kata kunci carian " rujukan"

Bursa Malaysia PLC Pertama Malaysia Catat Skor ESG Tertinggi FTSE4Good

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd muncul sebagai syarikat senaraian awam (PLC) pertama Malaysia yang berjaya meraih skor tertinggi 5.0 bagi rangka kerja penilaian dan metodologi indeks alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) FTSE4Good.

JS-SEZ Langkaui Pelan Induk, Raih Pelaburan Diluluskan RM76.98 Bilion Pada 2025 -- Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan kekal komited dalam menjayakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai agenda ekonomi nasional yang meletakkan Johor sebagai pemacu pertumbuhan baharu negara.

Sabah Perlu Pelan Induk Logistik Bersepadu Untuk Hala Tuju Holistik

LABUAN, 30 Jun (Bernama) -- Sabah memerlukan pelan induk logistik serta pengangkutan bersepadu untuk menangani cabaran di peringkat struktur dan bukannya bergantung pada penyelesaian projek-projek yang berasingan, menurut seorang pakar logistik.

Pasaran Gas Perlu Liberal Sepenuhnya Untuk Lonjak Persaingan, Pelaburan - Presiden MGA

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Pasaran gas perlu liberal sepenuhnya berasaskan prinsip jual dan beli secara sukarela serta pemansuhan had harga untuk menarik lebih ramai peserta antarabangsa dan merangsang industri yang lebih kompetitif, menurut Persatuan Gas Malaysia (MGA).

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Lebih Rendah Minggu Depan Susulan Bekalan Kembali Kukuh

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan lebih rendah minggu depan, terjejas oleh harga minyak mentah yang lebih rendah dan keadaan bekalan yang mengukuh, kata pakar industri Denis Low.

Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat XL Holdings

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia menggantung aktiviti jualan singkat harian (IDSS) XL Holdings Bhd (XLHB) sehingga 8.30 pagi esok, 25 Jun 2026 selepas saham tersebut melepasi had harganya.

Kerajaan Kaji Kesesuaian Laksana Biodiesel B50, Ambil Kira Kos Naik Taraf Depoh

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan menilai dan mengkaji kesesuaian pelaksanaan biodiesel B50 berikutan wujud keperluan menaik taraf depoh pengadunan sedia ada secara menyeluruh yang dijangka melibatkan kos tinggi, menurut Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Indonesia Perkenal Pakej Rangsangan Ekonomi 26.34 Trilion Rupiah Pada Separuh Kedua 2026

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 22 Jun (Bernama) -- Indonesia akan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi bernilai 26.34 trilion rupiah (1 juta rupiah=RM231.2) pada separuh kedua 2026 yang turut merangkumi insentif pengangkutan, program penggajian dan langkah bantuan makanan.

Pasaran Getah Dijangka Mendatar Dengan Kecenderungan Menurun Minggu Hadapan

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan secara mendatar dengan kecenderungan menurun pada minggu depan selepas ketegangan geopolitik mula mereda dan keadaan bekalan yang bercampur-campur membentuk sentimen, kata pakar industri Denis Low.

Bursa Malaysia Beku Harga Had Bawah Paragon Union Pada RM2.29

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd membekukan harga had bawah Paragon Union Bhd pada RM2.29 berkuat kuasa Selasa, 16 Jun, 2026.

Pasaran Getah Dijangka Tidak Menentu, Trend Menurun Sedikit Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal tidak menentu pada minggu depan, dengan sedikit penurunan disebabkan ketidaktentuan global yang berterusan, kata pakar industri Denis Low.