BERITA TERKINI   Dua beranak maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kuala Nerus, Terengganu awal pagi tadi - Polis | 

Terdapat 30 berita berdasarkan kata kunci carian "perkapalan"

Selangor Sasar Pecah Tanah Pelabuhan Pulau Carey Pada September, Teliti Bakal Pengendali

Daripada Harizah Hanim Mohamed

BANDUNG, 10 Julai (Bernama) -- Selangor menyasarkan kerja pecah tanah bagi cadangan terminal pelabuhan ketiga di Pulau Carey dapat dimulakan seawal September ini, tertakluk kepada kelulusan lesen pelabuhan daripada Kementerian Pengangkutan (MOT), ketika kerajaan negeri sedang memuktamadkan pemilihan bakal pengendali terminal berkenaan.

Perbelanjaan Luar Pesisir Asia Pasifik kekal Stabil Selepas Konflik Asia Barat

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Perbelanjaan sektor luar pesisir di rantau Asia Pasifik kekal stabil secara keseluruhannya selepas konflik di Asia Barat, dengan perbelanjaan modal (capex) bagi projek baharu di Asia Tenggara dianggarkan meningkat 12 peratus kepada lebih US$100 bilion (US$1 = RM4.08).

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan secara mendatar dengan kecenderungan menurun sedikit pada minggu depan dipengaruhi oleh ketidaktentuan geopolitik susulan kebuntuan perjanjian damai Amerika Syarikat (AS)-Iran.

Penurunan Harga Minyak Redakan Kebimbangan Inflasi Malaysia Dan Ekonomi Global

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Penurunan harga minyak mentah dijangka mengurangkan tekanan inflasi di Malaysia dan peringkat global, meredakan kebimbangan bahawa bank pusat mungkin perlu mengekalkan kadar faedah pada paras tinggi untuk tempoh yang lebih lama, kata ahli ekonomi.

Pasaran Getah Dijangka Mendatar Dengan Kecenderungan Menurun Minggu Hadapan

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan secara mendatar dengan kecenderungan menurun pada minggu depan selepas ketegangan geopolitik mula mereda dan keadaan bekalan yang bercampur-campur membentuk sentimen, kata pakar industri Denis Low.

Malaysia Perkukuh Kerjasama Perdagangan Makanan, Pertanian Dengan Uzbekistan

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 17 Jun (Bernama) -- Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan kerjasama perdagangan makanan dan pertanian dengan Uzbekistan serta rantau Asia Tengah dengan lebih meluas, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempelbagaikan sumber bekalan dan mengukuhkan keselamatan makanan jangka panjang di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik serta rantaian bekalan global.