3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada Isnin disebabkan minat belian berkurangan memandangkan pelabur kekal berhati-hati terhadap rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) sedang menerajui usaha mewujudkan Kerangka Kedaulatan Teknologi Negara sebagai pendekatan strategik untuk membangunkan dan melindungi teknologi kritikal yang penting kepada negara.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Bangladesh bersetuju untuk memperkukuh hubungan ekonomi dua hala melalui perjanjian perdagangan bebas (FTA) dipercepatkan dan meningkatkan kerjasama dalam sektor pertumbuhan utama, termasuk tenaga dan industri halal.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin didorong oleh sentimen berhati-hati selepas prestasi mendatar pada Jumaat lepas dalam pasaran Wall Street dan Hong Kong ditutup bersempena dengan cuti umum.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Perjanjian tenaga terbaharu yang dimeterai oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Turkmenistan dan Rusia membuktikan hubungan diplomatik Malaysia yang kukuh dengan kedua-dua negara dan reputasi Petronas yang telah lama bertapak sebagai penggiat tenaga global yang dipercayai, kata penganalisis.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka bergerak dalam julat 1,700 hingga 1,730 pada minggu hadapan, dengan potensi menguji paras atas julat tersebut sekiranya sentimen luaran kekal positif.
3bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
ASHGABAT (TURKMENISTAN), 19 Jun (Bernama) -- Perjanjian yang dimeterai antara Malaysia dan Turkmenistan mencerminkan komitmen bersama bagi kerjasama jangka panjang yang melangkaui kepentingan komersial, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
ASHGABAT (TURKMENISTAN), 19 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejayaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memperoleh telaga gas antara yang terbesar dunia susulan perjanjian yang dimeterai dengan kerajaan di Turkmenistan sebagai luar biasa.
3bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Indeks komposit Bursa Malaysia menutup dagangan minggu ini lebih tinggi sekali gus meneruskan kenaikan untuk sesi ketujuh berturut-turut, disokong oleh aktiviti belian yang kukuh pada saat-saat akhir dalam kaunter saham mewah terpilih.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd kekal positif terhadap prospek eksport Malaysia bagi 2026, disokong oleh permintaan luar yang berdaya tahan dan momentum berterusan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) yang dipacu oleh kitaran naik teknologi dan pelaburan berkaitan kecerdasan buatan (AI).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana dalam saham-saham berkaitan indeks, meskipun Wall Street mencatatkan kenaikan semalaman.
3bulan ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 18 Jun (Bernama) -- Negara yang berhasrat membangunkan keupayaan kecerdasan buatan (AI) perlu menyesuaikan diri dengan pakatan baharu, kawalan baharu serta rangkaian rakan kongsi yang dipercayai memandangkan teknologi itu semakin menjadi isu geopolitik, kata seorang pakar hari ini.