18hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Malayan Cement Bhd meraih keuntungan bersih lebih tinggi bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2026 yang mencecah RM903.17 juta daripada RM672.38 juta sebelum ini, disumbangkan terutamanya oleh pengurusan kos lebih ketara serta peningkatan kecekapan operasi.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Malaysian Pacific Industries Bhd bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2026 (TK2026) meningkat kepada RM188.04 juta berbanding RM153.78 juta tahun lepas, didorong oleh pendapatan yang lebih tinggi.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Dialog Group Bhd meningkat kepada RM593.55 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM303.82 juta pada tahun kewangan 2025.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis.
18hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi apabila pelan pembelian balik Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengurangkan hasil Perbendaharaan.
18hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum positifnya untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis apabila hutang negara Amerika Syarikat (AS) yang melepasi US$40 trilion buat kali pertama telah menjejaskan prestasi dolar AS.
18hari ago
LABUAN, 20 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Labuan mengusulkan supaya projek pembangunan pesisir pantai Labuan dijadikan antara agenda utama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bagi memanfaatkan potensi pulau bebas cukai itu yang masih belum diterokai sepenuhnya.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh NexG Bhd, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB), yang bertanggungjawab dalam penyediaan kad pengenalan MyKad, sekarang ini dinilaikan pada RM7.5 bilion berikutan permintaan kerajaan untuk harga indikatifnya.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) mengadakan mesyuarat Lembaga Pengarah ketiganya bagi tahun ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis berikutan penyusutan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) meningkatkan minat pelabur untuk mengambil risiko susulan pengumuman Perbendaharaan AS mengenai peningkatan operasi pembelian balik bon, kata penganalisis.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah iaitu RM365.48 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2026 daripada RM402.97 juta pada suku yang sama tahun lepas.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Bintai Kinden Corporation Bhd, Kejuruteraan Bintai Kindenko Sdn Bhd menerima kontrak daripada PLUS Malaysia Bhd bagi projek pembangunan melibatkan dua bidang tanah dengan keluasan kira-kira 41.68 hektar di Ayer Keroh, Melaka.