2bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu berikutan pelabur terus merealisasikan keuntungan susulan peningkatan baru-baru ini, manakala harga minyak mentah yang melonjak dan ketegangan geopolitik berterusan di Asia Barat menyebabkan sentimen pasaran kekal berhati-hati, kata seorang penganalisis.
2bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya meningkat pada Rabu, dipacu jangkaan bekalan terhad, mandat B50 biodiesel Indonesia serta diskaun harga komoditi itu berbanding minyak saingan lain.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, menjejaki keuntungan harga emas dalam Bursa Komoditi AS (COMEX).
2bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Lonjakan harga minyak mentah terbukti mendorong ringgit yang mengukuh berbanding mata wang utama dunia, termasuk dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga hari ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada hari ini, seiring dengan prestasi pasaran tunai.
2bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, walaupun terdapat kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah yang mengukuh dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS, kata peniaga.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Tadbir urus yang berkesan adalah penting bagi membolehkan organisasi berinovasi dengan yakin selain memastikan akauntabiliti, etika dan pertimbangan manusia terus menjadi teras dalam setiap keputusan kritikal, kata Ketua Pegawai Digital dan Maklumat Tenaga Nasional Bhd (TNB) Azlan Ahmad.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunannya pada tengah hari berikutan penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih disebabkan aktiviti pengambilan untung.
2bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, dengan aktiviti pengambilan untung yang berterusan mengehadkan kenaikan walaupun Wall Street mencatatkan peningkatan semula semalaman, kata penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Rabu.
2bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif dan Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama pada Rabu, namun hampir mendatar berbanding dolar AS apabila peniaga mengambil pendekatan berhati-hati berikutan ketidaktentuan yang berterusan mengenai konflik di Asia Barat.
2bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa susulan kelemahan dalam pasaran minyak soya dan minyak mentah, kata seorang peniaga.