Terdapat 464 berita berdasarkan kata kunci carian "tm"

AT&S Labur Sehingga €2 Bilion Di Kulim Perkukuh Malaysia Sebagai Destinasi Pelaburan Teknologi Berimpak Tinggi

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Keputusan AT&S untuk memperluas operasinya di Kulim, Kedah melalui pelaburan baharu sehingga €2 bilion (€1 = RM4.69) akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelaburan teknologi berimpak tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Affin Hwang Investment Bank Lancar ELI Bagi Bantu Pelabur Teroka Ketidaktentuan Pasaran

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd hari ini melancarkan Pelaburan Berkaitan Ekuiti (ELI) bagi menyediakan pendedahan tersuai kepada pelabur terhadap pelbagai aset asas sambil menyokong objektif pasaran dan kepelbagaian pulangan risiko di tengah-tengah ketidaktentuan global yang berterusan.  

MCE Dijangka Raih Manfaat Daripada Pembangunan QV-E Pertama Perodua - HLIB

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pengeluar komponen elektronik MCE Holdings Bhd dijangka meraih manfaat daripada pembangunan model kenderaan elektrik (EV) pertama Perodua, QV-E, susulan syarikat itu membekalkan sistem infotainmen serta komponen elektronik lain, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Pemindahan TERAJU Ke JPM Perluas Peluang Realisasikan Agenda PuTERA35 - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pemindahan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ke bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) membuka peluang luas bagi agensi tersebut merealisasikan agenda Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

MRT Corp, IJM Land Perkenal Pembangunan TOD, The Linque Bernilai RM600 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan IJM Land Bhd telah melancarkan THE LINQUE, pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang disepadukan bersama Stesen MRT Cochrane, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) lebih kurang RM600 juta.

Yuran Pengeluaran Tunai ATM Antara Bank Dikecualikan Bermula 1 Julai 2026

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Pelanggan semua bank di Malaysia boleh mengeluarkan wang tunai di mana-mana mesin teler automatik (ATM) atau mesin kitar semula pintar (SRM) bank tanpa membayar yuran RM1 bermula 1 Julai 2026. 

Bioeconomy Corp, K-Eco Korea Selatan Meterai MoU Bagi Perkukuh Biotenaga Lestari

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corp) dan Korea Environment Corporation (K-Eco) Korea Selatan memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama dalam pembangunan biogas dan inisiatif berkaitan keneutralan karbon.

Malaysia Harungi 100 Hari Krisis Global, Bekalan Kekal Stabil

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 14 Jun (Bernama) -- Malaysia kekal dalam kedudukan yang relatifnya kukuh dengan jumlah bekalan bahan api, makanan serta ubat-ubatan penting masih mencukupi susulan pelaksanaan langkah intervensi awal dan pengurusan krisis yang diselaraskan, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Nurhisham Hussein.