2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) dan MARA Incorporated Sdn Bhd (MARA Inc) hari ini melancarkan projek pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) secara berperingkat di 50 stesen BHPetrol di sekitar Lembah Klang dan disasarkan siap tahun ini.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 29 Jun (Bernama) -- Anak syarikat Nexgram Holdings Bhd, Neu Nexus Century City Sdn Bhd (NNCC), hari ini memulakan pembangunan Neu Nexus Century City di Cyberjaya, sebuah projek pembangunan infrastruktur, tenaga dan guna campur kecerdasan buatan (AI) dengan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM2 bilion.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Vestland Bhd, Vestland Resources Sdn Bhd (VRSB) menerima surat lantikan daripada Golden Armani Sdn Bhd (GASB) untuk melaksanakan kerja-kerja struktur atas bagi kontrak berjumlah RM135 juta.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Keputusan kerajaan mengecualikan cukai perkhidmatan ke atas caj perkhidmatan dan sumbangan dana penjelas bagi bangunan bukan kediaman dijangka dapat mengurangkan impak kewangan terhadap pengurusan hartanah strata bukan kediaman, kata Institut Pengurus Harta dan Fasiliti Malaysia (MIPFM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina Group Bhd Tan Sri Dr Lim Hock San menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2026 - Kepimpinan Perniagaan Berwawasan & Kecemerlangan Komuniti pada majlis ASEAN Outstanding Business Award 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd (KPGB) telah mendapat kontrak pembinaan RM488.40 juta di Pulau Pinang daripada Persada Mentari Sdn Bhd (PMSB), sebuah anak syarikat tidak langsung Eastern & Oriental Bhd (E&O).
3bulan ago
ALOR SETAR, 18 Jun (Bernama) -- BDB Land Sdn Bhd (BDB Land), anak syarikat milik penuh Bina Darulaman Berhad (BDB) akan membangunkan pusat komersial baharu iaitu Darulaman Commercial District (DCD) di Bandar Darulaman, Jitra dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM41.5 juta.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan IJM Land Bhd telah melancarkan THE LINQUE, pembangunan berorientasikan transit (TOD) yang disepadukan bersama Stesen MRT Cochrane, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) lebih kurang RM600 juta.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Unit Taghill Holdings Bhd, iaitu Taghill Projects Sdn Bhd memperoleh kontrak daripada Exsim MX4 Sdn Bhd berjumlah RM133 juta untuk membina dan menyiapkan kerja-kerja bangunan utama dan infrastruktur bagi D'Evia @ Kwasa Damansara (Pakej 2) di Shah Alam, Selangor.
3bulan ago
SHAH ALAM, 15 Jun (Bernama) -- Kedudukan kewangan Selangor masih pada tahap sihat walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi global susulan krisis bekalan global serta turun naik pasaran dunia.