Ringgit Mengukuh Susulan Jangkaan Kenaikan Kadar Faedah AS Semakin Reda
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh data inflasi AS yang lebih lemah daripada jangkaan dan unjuran bahawa kenaikan kadar faedah AS akan berlaku dalam tempoh terdekat semakin reda.