Akses, Pendedahan Kunci Cungkil Bakat Sukan Permotoran Asia -- Jurutera
Daripada Siti Radziah Hamzah
SINGAPURA, 30 Ogos (Bernama) -- Rantau Asia tidak kekurangan bakat dan berkemahiran teknikal bagi dunia Formula Satu (F1) serta industri permotoran ini secara amnya, namun kekangan akses dan laluan kerjaya tidak jelas terus menjadi penghalang utama bagi profesional yang berminat di rantau ini.