BERITA TERKINI   Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah akan dikebumikan di sebelah pusara Datin Seri Endon Mahmood di Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya - Fahmi | Indeks Harga Pengeluar Malaysia meningkat 10.7 peratus pada Ogos 2026 berbanding peningkatan 9.7 peratus pada Julai 2026 | PM Anwar arah KSN, PAT bantu pengurusan dan beri taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Almarhum Tun Dr Siti Hasmah | Mahkamah Tinggi Shah Alam tolak permohonan rayuan Ismanira Abdul Manaf bagi ketepi sabitan, hukuman penjara lima tahun kerana abai Zayn Rayyan Abdul Matin | Pemergian Tun Hasmah: Kerajaan zahir ucapan takziah, rangkaian media diminta beri penghormatan - Fahmi | 

Terdapat 58 berita berdasarkan kata kunci carian " pelabur as"

Ringgit Terus Meningkat Susulan Data Ekonomi Malaysia Kukuh

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS serta mata wang utama lain dan negara ASEAN pada Rabu, disokong oleh data ekonomi Malaysia yang lebih kukuh berbanding jangkaan, yang menambah keyakinan pelabur dan sentimen pasaran.

Aktiviti Buru Saham Kembali Giat Pacu Bursa Malaysia Ditutup Meningkat

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Rabu dengan lebih tinggi, dipacu aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan penurunan di pasaran baru-baru ini, kata penganalisis.

Pelaburan Langsung Asing Malaysia Melonjak 41.2 Peratus Kepada RM65.9 Bilion Pada 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia pada 2025 melonjak 41.2 peratus kepada RM65.9 bilion daripada RM46.7 bilion pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Spekulasi Politik, Kemungkinan PRU16 Bukan Faktor Utama Pengaruhi Keputusan Pelabur

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) --  Spekulasi politik dan kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bukan faktor utama yang mempengaruhi keputusan pelabur asing, meskipun kestabilan politik kekal sebagai antara pertimbangan penting dalam menentukan destinasi pelaburan.

Lawatan Anwar Ke Turkmenistan Perkukuh Kredibiliti Syarikat Malaysia – Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkmenistan baru-baru ini, yang menyaksikan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memeterai beberapa perjanjian baharu selepas 30 tahun bertapak di negara itu, perlu dilihat lebih daripada sekadar misi diplomatik, menurut pakar ekonomi.

Aliran Masuk Bersih RM319.8 Juta Daripada Sektor Teknologi, Perindustrian, Kewangan - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Sektor teknologi, produk perindustrian dan perkhidmatan serta perkhidmatan kewangan telah menarik gabungan aliran masuk bersih sebanyak RM319.8 juta minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Tidak Menentu Menjelang Data Inflasi Utama AS

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal tidak menentu minggu depan apabila pelabur menunggu pengumuman indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi teras (PCE teras) bagi petunjuk mengenai trajektori kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS). 

Normalisasi Kadar Faedah Di Jepun Dilihat Beri Impak Lebih Besar Terhadap Asia Berbanding Eropah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Dasar normalisasi berterusan Bank of Japan (BOJ) berkemungkinan memberi impak lebih besar terhadap pasaran kewangan Asia berbanding pendirian kadar faedah Bank Pusat Eropah (ECB) yang lebih tinggi untuk jangka masa panjang.

RS-2 : Koridor Utara Selangor Berpotensi Jadi Hab Ekonomi Baharu Negeri

SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) -- Tumpuan Kerajaan Negeri Selangor terhadap pembangunan koridor utara merangkumi Hulu Selangor dan Kuala Selangor, berpotensi menjadikan kawasan itu sebagai hab ekonomi baharu negeri, khususnya sektor tenaga dan industri strategik untuk mengharungi cabaran krisis tenaga global.

Kenaikan Kadar Faedah, Harga Bahan Api Uji Keupayaan Indonesia Seimbangkan Ekonomi

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 13 Jun (Bernama) -- Langkah Indonesia menerusi Bank Indonesia (BI) menaikkan kadar faedah penanda aras atau Kadar-BI dan harga bahan api tanpa subsidi dalam tempoh beberapa hari, jelas memaparkan usaha kerajaan dalam menyokong rupiah selain meredakan tekanan fiskal walaupun ini dijangka membebankan isi rumah dan perniagaan, kata penganalisis.