BERITA TERKINI   Taman Tema Sunway komited untuk mengekalkan piawaian keselamatan tertinggi merentasi semua tarikan dan kemudahannya | Syarikat telah menyediakan bantuan dan sokongan perubatan yang diperlukan kepada tetamu yang terlibat serta keluarga mereka - Taman Tema Sunway | Taman Tema Sunway memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berkaitan selain menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut | Taman Tema Sunway mengesahkan insiden di Sunway Lagoon pada 22 Ogos, yang menjejaskan 10 tetamu | Gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 dikesan di perairan Batu Pahat pada 4.12 petang - MetMalaysia | 

Terdapat 689 berita berdasarkan kata kunci carian " kewangan"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka dengan terus mencatat kenaikan pada Khamis, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham utiliti dan telekomunikasi.

Kerajaan Komited Perkukuh Ekosistem Kewangan Islam, Tarik Pelabur Rusia Ke Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terus komited membangunkan ekosistem kewangan Islam yang komprehensif untuk menarik pelabur, khususnya dari Rusia melabur dalam sektor kewangan Islam di Malaysia.

Aliran Masuk FDI, Pengembangan Ke Luar Negara Bukti Kekuatan Ekonomi Malaysia Meningkat - Ahli Ekonomi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kemampuan Malaysia untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang kukuh dan pada masa sama syarikat tempatan pula terus berkembang ke luar negara menunjukkan kekuatan ekonomi Malaysia yang semakin meningkat, daya saing dan keyakinan pelabur terhadap prospek jangka panjang negara, kata ahli ekonomi.

Ringgit Terus Meningkat Susulan Data Ekonomi Malaysia Kukuh

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS serta mata wang utama lain dan negara ASEAN pada Rabu, disokong oleh data ekonomi Malaysia yang lebih kukuh berbanding jangkaan, yang menambah keyakinan pelabur dan sentimen pasaran.

AEON Credit Didenda RM520,000 Kerana Gagal Patuhi Keperluan TFS - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- AEON Credit Service (M) Bhd (AEON Credit) dikenakan denda sebanyak RM520,000 kerana gagal mematuhi keperluan berkaitan sekatan kewangan bersasar (TFS). 

Aktiviti Buru Saham Kembali Giat Pacu Bursa Malaysia Ditutup Meningkat

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Rabu dengan lebih tinggi, dipacu aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan penurunan di pasaran baru-baru ini, kata penganalisis.

Kerajaan Tidak Bercadang Perluas Program Subsidi Bahan Api -  Liew 

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang memperluas program subsidi bahan api selepas pelarasan harga diesel bersubsidi baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.

Eden At Botanica CT, APAM Memeterai MoU Untuk Integrasi Pembangunan Dengan Skim Persaraan

GEORGE TOWN, 24 Jun (Bernama) -- Eden at Botanica CT Sdn Bhd dan AIA Pension and Asset Management Sdn Bhd (APAM) telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) untuk menyepadukan penyelesaian Skim Persaraan Swasta (PRS) ke dalam pembangunan kehidupan warga emas, bertujuan mengukuhkan kesediaan kewangan dalam kalangan penduduk yang semakin menua di Malaysia.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Disokong Aktiviti Belian Saham Harga Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari, disokong oleh aktiviti belian saham semasa harga rendah yang berterusan merentasi kebanyakan sektor, diterajui oleh saham-saham penjagaan kesihatan, kata penganalisis.

Dasar Cukai Karbon Negara Dalam Fasa Akhir - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kerajaan sedang dalam fasa akhir memuktamadkan dasar cukai karbon negara secara komprehensif, dengan pelaksanaan awal memberi tumpuan kepada sektor besi, keluli dan tenaga.

Pelaburan Langsung Asing Malaysia Melonjak 41.2 Peratus Kepada RM65.9 Bilion Pada 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia pada 2025 melonjak 41.2 peratus kepada RM65.9 bilion daripada RM46.7 bilion pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Purata Dagangan Harian Pertukaran Asing Malaysia Meningkat Kepada US$21.3 Bilion - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pasaran pertukaran asing (FX) Malaysia kekal kukuh dengan purata dagangan harian forex meningkat kepada US$21.3 bilion setakat Jun 2026 daripada US$19.8 bilion pada 2025, menurut Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) Bank Negara Malaysia (BNM).