2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Lebih RM4 bilion daripada peruntukan RM5 bilion di bawah Kemudahan Bantuan Kestabilan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bank Negara Malaysia (BNM) (SME SRF) masih tersedia bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menguruskan aliran tunai serta mengurangkan gangguan operasi.
2bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka dengan terus mencatat kenaikan pada Khamis, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham utiliti dan telekomunikasi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) terus komited membangunkan ekosistem kewangan Islam yang komprehensif untuk menarik pelabur, khususnya dari Rusia melabur dalam sektor kewangan Islam di Malaysia.
2bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kemampuan Malaysia untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang kukuh dan pada masa sama syarikat tempatan pula terus berkembang ke luar negara menunjukkan kekuatan ekonomi Malaysia yang semakin meningkat, daya saing dan keyakinan pelabur terhadap prospek jangka panjang negara, kata ahli ekonomi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS serta mata wang utama lain dan negara ASEAN pada Rabu, disokong oleh data ekonomi Malaysia yang lebih kukuh berbanding jangkaan, yang menambah keyakinan pelabur dan sentimen pasaran.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- AEON Credit Service (M) Bhd (AEON Credit) dikenakan denda sebanyak RM520,000 kerana gagal mematuhi keperluan berkaitan sekatan kewangan bersasar (TFS).
2bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Rabu dengan lebih tinggi, dipacu aktiviti memburu saham-saham berharga rendah susulan penurunan di pasaran baru-baru ini, kata penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kerajaan tidak bercadang memperluas program subsidi bahan api selepas pelarasan harga diesel bersubsidi baru-baru ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.
2bulan ago
GEORGE TOWN, 24 Jun (Bernama) -- Eden at Botanica CT Sdn Bhd dan AIA Pension and Asset Management Sdn Bhd (APAM) telah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) untuk menyepadukan penyelesaian Skim Persaraan Swasta (PRS) ke dalam pembangunan kehidupan warga emas, bertujuan mengukuhkan kesediaan kewangan dalam kalangan penduduk yang semakin menua di Malaysia.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari, disokong oleh aktiviti belian saham semasa harga rendah yang berterusan merentasi kebanyakan sektor, diterajui oleh saham-saham penjagaan kesihatan, kata penganalisis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Kerajaan sedang dalam fasa akhir memuktamadkan dasar cukai karbon negara secara komprehensif, dengan pelaksanaan awal memberi tumpuan kepada sektor besi, keluli dan tenaga.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia pada 2025 melonjak 41.2 peratus kepada RM65.9 bilion daripada RM46.7 bilion pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).