BERITA TERKINI   Menteri Luar diminta hubungi Sekretariat ASEAN untuk selaras mesyuarat Menteri-Menteri Alam Sekitar ASEAN susulan keadaan jerebu semasa - PM Anwar | Malaysia sedia beri kerjasama, bantu negara jiran atasi jerebu - Anwar | TUDM, agensi berkaitan laksanakan operasi pembenihan awan hampir setiap hari bagi tangani jerebu - PM Anwar | Tiga beradik maut dalam kemalangan babitkan motosikal bertembung lori di Parit Haji Siraj, Pontian - Polis | Tiga penyakit utama berkaitan jerebu di Johor iaitu URTI, asma dan konjunktivitis menunjukkan pola turun naik - Timbalan Menteri Kesihatan | 

Terdapat 701 berita berdasarkan kata kunci carian " penting"

CIDB Lantik Ahmad Farrin Sebagai Ketua Eksekutif Baharu

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melantik Ahmad Farrin Mokhtar sebagai Ketua Eksekutif yang baharu berkuat kuasa 8 Jun, menggantikan Zainora Zainal yang bersara pada 15 Januari lepas.

Di Sebalik Legasi Karamjit Singh, Masa Depan Sukan Rali Malaysia

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Lebih dua dekad selepas bergelar pemandu Asia pertama merangkul juara Kejohanan Rali Dunia FIA (PWRC), legenda rali negara Karamjit Singh masih gigih meneruskan minatnya sebagai pelumba.

Malaysia Harungi 100 Hari Krisis Global, Bekalan Kekal Stabil

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 14 Jun (Bernama) -- Malaysia kekal dalam kedudukan yang relatifnya kukuh dengan jumlah bekalan bahan api, makanan serta ubat-ubatan penting masih mencukupi susulan pelaksanaan langkah intervensi awal dan pengurusan krisis yang diselaraskan, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Nurhisham Hussein.

Kenaikan Kadar Faedah, Harga Bahan Api Uji Keupayaan Indonesia Seimbangkan Ekonomi

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 13 Jun (Bernama) -- Langkah Indonesia menerusi Bank Indonesia (BI) menaikkan kadar faedah penanda aras atau Kadar-BI dan harga bahan api tanpa subsidi dalam tempoh beberapa hari, jelas memaparkan usaha kerajaan dalam menyokong rupiah selain meredakan tekanan fiskal walaupun ini dijangka membebankan isi rumah dan perniagaan, kata penganalisis.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Kekal Positif Bagi Prospek Jangka Pendek Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mengekalkan prospek jangka pendek yang positif disokong oleh pengurangan kebimbangan geopolitik, sentimen risiko global yang bertambah baik serta persekitaran makroekonomi domestik yang stabil.