2bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Penurunan harga minyak mentah dijangka mengurangkan tekanan inflasi di Malaysia dan peringkat global, meredakan kebimbangan bahawa bank pusat mungkin perlu mengekalkan kadar faedah pada paras tinggi untuk tempoh yang lebih lama, kata ahli ekonomi.
2bulan ago
SERDANG, 25 Jun (Bernama) -- Pembangunan Ekonomi Altitud Rendah (Low Altitude Economy, LAE) dijangka memberi limpahan besar kepada rantaian bekalan industri aeroangkasa tempatan, khususnya dalam kalangan syarikat penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) serta pengeluar komponen kritikal yang akan mendapat manfaat daripada pengukuhan jaringan pembekal tempatan.
2bulan ago
BUTTERWORTH, 23 Jun (Bernama) -- Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) meluluskan hampir RM134 juta pembiayaan kepada 143 syarikat bumiputera di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) bagi tempoh 1 Dis, 2024 hingga 31 Mei lepas.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Malaysia masih mampu menampung kesan gangguan perdagangan di Selat Hormuz melalui penyesuaian rantaian bekalan, penyerapan kos oleh firma serta langkah dasar kerajaan yang membantu mengehadkan pemindahan kos kepada harga domestik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
2bulan ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
ASHGABAT (TURKMENISTAN), 20 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), menerusi anak syarikat milik penuhnya Petronas Carigali (Turkmenistan) Sdn Bhd (PC(T)SB), hari ini meraikan tiga dekad kehadirannya di Turkmenistan melalui pemeteraian beberapa perjanjian baharu bagi memperkukuh kerjasama strategik jangka panjang dengan negara itu.
2bulan ago
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 18 Jun (Bernama) -- Indonesia menjangkakan harga tandan buah segar (FFB) yang diterima petani kelapa sawit pulih sepenuhnya dalam tempoh seminggu selepas pihak berkuasa campur tangan berhubung perkara yang mereka sifatkan sebagai anomali dalam pasaran.
2bulan ago
SHAH ALAM, 13 Jun (Bernama) -- Tumpuan Kerajaan Negeri Selangor terhadap pembangunan koridor utara merangkumi Hulu Selangor dan Kuala Selangor, berpotensi menjadikan kawasan itu sebagai hab ekonomi baharu negeri, khususnya sektor tenaga dan industri strategik untuk mengharungi cabaran krisis tenaga global.