Terdapat 67 berita berdasarkan kata kunci carian " peraturan"

Segmen Aeroangkasa, LAE Malaysia Berpotensi Jana Perolehan Lebih RM100 Bilion

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Segmen aeroangkasa dan ekonomi altitud rendah (LAE) Malaysia berpotensi menjana perolehan sebanyak RM100 bilion menjelang 2035, dipacu oleh peluang baharu yang bernilai tinggi, menurut Perbadanan Industri Aeroangkasa Nasional Malaysia (NAICO Malaysia).

Syarikat Induk Ajinomoto Malaysia Cadang Penstrukturan Semula Pada Harga RM20 Sesaham 

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Syarikat induk Ajinomoto (Malaysia) Bhd (AMB), Ajinomoto Co., Inc. (Ajico) mencadangkan penstrukturan semula pengeluar perasa makanan itu melalui langkah pengurangan modal dan pembayaran balik secara terpilih (SCR) pada harga RM20 sesaham.

Kerangka Baharu Eksport Minyak Sawit Indonesia Tarik Perhatian Malaysia, Pasaran Global

JAKARTA, 20 Jun (Bernama) -- Penggiat industri di Malaysia serta pembeli dan peniaga dalam pasaran utama kini memantau rapat perancangan Indonesia untuk mengetatkan kawalan eksport komoditi strategik melalui kerangka pemantauan baharu berkaitan kerajaan.

Malaysia Perlu Rangka Undang-undang, Regulasi Kukuh Sebelum Teroka Kuasa Nuklear – Persatuan Nuklear Sedunia

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu mewujudkan rangka kerja perundangan dan kawal selia yang kukuh serta membangunkan tenaga kerja mahir sebelum tenaga nuklear boleh dipertimbangkan secara realistik dalam campuran sumber tenaga jangka panjang negara, kata Ketua Pengarah Persatuan Nuklear Sedunia (WNA) Dr Sama Bilbao y Leon.

Pemuktamadan Pelan Hala Tuju Perdagangan ASEAN-Rusia Permulaan Baik, Persekitaran Kondusif Penting - PM Anwar

Daripada Nurul Hanis Izmir

KAZAN, 17 Jun (Bernama) -- Pemuktamadan Program Strategik ASEAN-Rusia mengenai Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan 2026-2035 merupakan langkah awal untuk lonjakan seterusnya dalam hubungan ekonomi, namun persekitaran kondusif penting untuk merealisasikannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Bursa Malaysia Beku Harga Had Bawah Paragon Union Pada RM2.29

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd membekukan harga had bawah Paragon Union Bhd pada RM2.29 berkuat kuasa Selasa, 16 Jun, 2026.

MRMA Lantik Derek Teh Sebagai Pengerusi

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Persatuan Pengurus Pelaburan Hartanah (REIT) Malaysia (MRMA) melantik Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Sunway REIT Management Sdn Bhd Derek Teh Wan Wei sebagai pengerusi persatuan itu pada mesyuarat agung tahunan (AGM) baru-baru ini.