BERITA TERKINI   ETA Group raih kontrak bernilai RM66.69 juta bagi tiga projek pembinaan di Kapar, Klang | Gempa bumi lemah bermagnitud 4.4 berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada 4.55 petang -- MetMalaysia | 

Terdapat 77 berita berdasarkan kata kunci carian " madani"

Malaysia Mampu Tampung Kesan Gangguan Perdagangan Di Selat Hormuz - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Malaysia masih mampu menampung kesan gangguan perdagangan di Selat Hormuz melalui penyesuaian rantaian bekalan, penyerapan kos oleh firma serta langkah dasar kerajaan yang membantu mengehadkan pemindahan kos kepada harga domestik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Karisma Anwar, Aset Diplomatik Negara

Oleh Nurul Hanis Izmir

ISTANBUL, 21 Jun (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia baru-baru ini bukan sahaja menyaksikan deklarasi sidang kemuncak, mesyuarat dua hala dan perbincangan mengenai perdagangan dan tenaga, malah turut memperlihatkan sambutan luar biasa yang diterima beliau di pentas antarabangsa.

Fasa Baharu Ekonomi Malaysia Berteraskan Teknologi Tinggi, Semikonduktor Dan AI - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Malaysia kini mengorak langkah ke fasa baharu ekonomi yang berteraskan teknologi tinggi, semikonduktor, inovasi dan kecerdasan buatan (AI), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kerjasama Strategik Petronas, Pihak Berkuasa Turkmenistan Buka Lembaran Baharu Hubungan Ekonomi, Tenaga Kedua-dua Negara

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

ASHGABAT (TURKMENISTAN), 19 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedov hari ini menyaksikan pemeteraian kerjasama strategik antara Petronas dan pihak berkuasa Turkmenistan, sekali gus membuka lembaran baharu dalam hubungan ekonomi dan tenaga antara kedua-dua negara. 

Anwar, Putin Bincang Keterjaminan Bekalan Tenaga, Perdagangan Dalam Mata Wang Tempatan 

Daripada Nurul Hanis Izmir

KAZAN, 18 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Rusia Vladimir Putin membincangkan pelbagai aspek kerjasama dua hala, termasuk potensi memperkukuh hubungan dalam sektor tenaga yang merupakan antara bidang strategik bagi kedua-dua negara.