Terdapat 2191 berita berdasarkan kata kunci carian "malaysia"

Anak Syarikat Resintech Peroleh Kemudahan Pembiayaan RM41 Juta

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Johan Panglima (M) Sdn Bhd, anak syarikat Resintech Bhd dengan kepentingan 55 peratus, berjaya memperoleh kemudahan pembiayaan berjangka Komoditi Murabahah berjumlah RM41 juta daripada Alliance Islamic Bank Bhd.

 

Pulau Pinang Catat RM350 Bilion Eksport Elektrik, Elektronik Pada Separuh Pertama 2026

GEORGE TOWN, 14 Ogos (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan lebih RM350 bilion dalam eksport elektrik dan elektronik (E&E) pada separuh pertama 2026 (S1 2026), iaitu peningkatan lebih 80 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. 

Unit DPS Resources, CEIG Meterai MoU Kerjasama Pusat Data Dan Infrastruktur Tenaga Di Melaka 

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- DPS Resources Bhd (DPS), melalui anak syarikat milik penuhnya, DPS Energy Sdn Bhd (DPSE) dan Shantawood Sdn Bhd (SSB), memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan CEIG (M) Sdn Bhd (CEIG) untuk meneroka potensi kerjasama pusat data dan infrastruktur berkaitan di Melaka.

Ahli Ekonomi Optimis Selepas Pertumbuhan KDNK Malaysia Catat 6.0 Peratus Pada Suku Kedua 2026

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ahli ekonomi telah menyemak semula jangkaan pertumbuhan untuk ekonomi Malaysia pada tahun 2026 berikutan prestasi Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) yang lebih kukuh daripada jangkaan pada suku kedua 2026.

Bank Pelaburan Kekal Positif, Unjur KDNK 2026 Malaysia 4.8-5.4 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bank-bank pelaburan kekal positif terhadap unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 dan menjangkakan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang dalam julat 4.8 hingga 5.4 peratus.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat.

KDNK Tumbuh Kukuh, Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan angka pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia suku kedua 2026 yang lebih kukuh, sekalig gus memberi sokongan terhadap mata wang tempatan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Minat Belian Sektor Terpilih Meningkat Susulan KDNK Suku Kedua 6.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, walaupun sektor utiliti, penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kewangan menyaksikan minat belian yang tinggi susulan pengumuman pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua Malaysia pada 6.0 peratus.

Pertumbuhan 6.0 Peratus Bukti Momentum Ekonomi Malaysia Kekal Kukuh -- Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Prestasi negara mencatat pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua 2026 menunjukkan ekonomi Malaysia terus mempunyai momentum yang kukuh walaupun berdepan persekitaran global mencabar, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Didorong Pengukuhan Ringgit

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah ditutup rendah pada Jumaat, didorong oleh ringgit yang mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Mercedes-Benz CLA 250+ Elektrik Baharu Dilancar Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Mercedes-Benz Malaysia membawa sistem pengendalian (operating system) baharu Mercedes-Benz atau “MB.OS” ke pasaran Malaysia menerusi model serba baharu CLA 250+ elektrik, dengan menyepadukan kecerdasan buatan (AI) daripada Google dan Microsoft ke dalam sistem infohibur pengalaman pengguna Mercedes-Benz atau MBUX terbaharu.

Untung Bersih Maxis Naik Kepada RM436 Juta Pada Suku Kedua 2026, Umum Dividen Empat Sen

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Maxis Bhd (Maxis) mencatatkan keuntungan bersih lebih kukuh sebanyak RM436 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 2026), berbanding RM398 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu.