3bulan ago
GEORGE TOWN, 15 Jun (Bernama) -- Pulau Pinang telah mencapai kemajuan sebanyak 81 peratus ke arah sasarannya untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan di bawah visi Penang2030, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
3bulan ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 14 Jun (Bernama) -- Malaysia kekal dalam kedudukan yang relatifnya kukuh dengan jumlah bekalan bahan api, makanan serta ubat-ubatan penting masih mencukupi susulan pelaksanaan langkah intervensi awal dan pengurusan krisis yang diselaraskan, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri Nurhisham Hussein.
3bulan ago
Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil
JAKARTA, 13 Jun (Bernama) -- Langkah Indonesia menerusi Bank Indonesia (BI) menaikkan kadar faedah penanda aras atau Kadar-BI dan harga bahan api tanpa subsidi dalam tempoh beberapa hari, jelas memaparkan usaha kerajaan dalam menyokong rupiah selain meredakan tekanan fiskal walaupun ini dijangka membebankan isi rumah dan perniagaan, kata penganalisis.