24hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Mulpha International Bhd (Mulpha International) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM170.80 juta bagi suku kedua tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2026 (S2 TK2026), berbanding RM270.85 juta dalam suku yang sama pada tahun kewangan sebelumnya.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- IOI Properties Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan bersih kepada RM2.15 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM1.06 bilion pada tahun sebelumnya.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Pengubah suai kediaman moden, The Makeover Guys, bekerjasama dengan RHB Bank Bhd untuk memperkenalkan Makeover Flexi Loan, penyelesaian pembiayaan bersepadu yang membolehkan pelanggan yang layak membiayai pembelian dan pengubahsuaian rumah menerusi satu kemudahan.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Hap Seng Consolidated Bhd susut kepada RM135.08 juta pada suku kedua 2026 berakhir 30 Jun 2026 daripada RM143.68 juta pada suku yang sama tahun lepas.
25hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis apabila pelabur mengambil untung menjelang cuti hujung minggu yang panjang.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Prospek bekalan untuk industri peranti perubatan kekal stabil dalam persekitaran ketidaktentuan geopolitik ketika ini, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- KLCC Property Holdings Bhd mencatatkan peningkatan keuntungan bersih bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026 kepada RM204.42 juta daripada RM200.45 juta pada suku yang sama tahun lepas.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran terhadap Setel Ventures Sdn Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, dan Standard Chartered Saadiq Bhd atas kegagalan mematuhi keperluan berkaitan sekatan kewangan bersasar (TFS).
26hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- IJM Corporation Bhd telah mengumumkan pelantikan semula pengarah bukan eksekutifnya Datuk Lee Teck Yuen sebagai pengerusi bukan eksekutif baharu, berkuat kuasa 27 Ogos 2026.
26hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Dagangan Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada Rabu, seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau ketika penurunan harga minyak meredakan tekanan inflasi dan memacu minat risiko dengan aktiviti belian menumpukan saham berkaitan YTL dan perbankan, kata penganalisis.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih IJM Corporation Bhd (IJM Corp) bagi suku pertama, berakhir pada 30 Jun, 2026 (suku pertama tahun kewangan 2027) meningkat kepada RM137.39 juta daripada RM95.60 juta dicatatkan pada tempoh sama tahun lepas, didorong oleh bahagian pembinaan, pengilangan serta kuari.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Mah Sing Group Bhd, Capitol Avenue Development Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian jual beli bersyarat untuk membeli beberapa bidang tanah di Ampang dengan jumlah pertimbangan sebanyak RM186.17 juta.