5jam ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Peranan yang semakin berkembang Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Turkmenistan kini muncul sebagai pemangkin utama kepada momentum baharu hubungan dua hala Malaysia–Turkmenistan, diperkukuh oleh lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara Asia Tengah itu baru-baru ini.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkmenistan baru-baru ini, yang menyaksikan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memeterai beberapa perjanjian baharu selepas 30 tahun bertapak di negara itu, perlu dilihat lebih daripada sekadar misi diplomatik, menurut pakar ekonomi.
2hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Malaysia akan terus memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga dengan rakan strategik seperti Rusia dan Turkmenistan dan memastikan syarikat Malaysia kekal mematuhi obligasi antarabangsa dan menyedari risiko berkaitan sekatan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
5hari ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
ASHGABAT (TURKMENISTAN), 20 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), menerusi anak syarikat milik penuhnya Petronas Carigali (Turkmenistan) Sdn Bhd (PC(T)SB), hari ini meraikan tiga dekad kehadirannya di Turkmenistan melalui pemeteraian beberapa perjanjian baharu bagi memperkukuh kerjasama strategik jangka panjang dengan negara itu.
6hari ago
KUALA LUMPUR,19 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Korea Selatan memperkukuh lagi kerjasama strategik dalam tenaga boleh baharu (TBB) susulan pertukaran surat hasrat (LOI) bagi Projek Naik Taraf Biogas Kilang Sawit Negeri Terengganu, inisiatif yang akan menukarkan sisa daripada industri minyak sawit kepada biogas asli mampat (Bio-CNG).
6hari ago
Daripada Siti Radziah Hamzah
TASHKENT, 18 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu mewujudkan rangka kerja perundangan dan kawal selia yang kukuh serta membangunkan tenaga kerja mahir sebelum tenaga nuklear boleh dipertimbangkan secara realistik dalam campuran sumber tenaga jangka panjang negara, kata Ketua Pengarah Persatuan Nuklear Sedunia (WNA) Dr Sama Bilbao y Leon.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Sektor minyak dan gas (O&G) Malaysia dalam fasa pemulihan dua peringkat, dengan harga minyak yang tinggi menyokong prestasi pendapatan jangka pendek manakala perbelanjaan modal Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang meningkat semula dijangka memacu pemulihan aliran kontrak secara berperingkat mulai 2027 dan seterusnya, menurut AmInvestment Bank Bhd.