Hubline Sahkan Helikopter Dikendali Unitnya Terlibat Kemalangan Di Long Lellang
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan perkapalan dan penerbangan Hubline Bhd (Hubline) hari ini mengesahkan bahawa helikopter yang terlibat dalam kemalangan di Lapangan Terbang Berlepas dan Pendaratan Pendek (STOLport) Long Lellang di Sarawak pada Selasa dikendalikan oleh unitnya, Layang Layang Aerospace Sdn Bhd (LLA).