Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian " mohd izani ghani"

Riyadh Air Pilih KLIA Pintu Masuk Pertama Ke Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Riyadh Air memilih Kuala Lumpur sebagai destinasi pertamanya di Asia Tenggara menerusi pelancaran perkhidmatan sulung tiga kali seminggu antara Riyadh dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sekali gus memperkukuh hubungan udara antara Malaysia dan Arab Saudi.

Riyadh Air Mula Penerbangan Terus Ke Kuala Lumpur, Pintu Masuk Pertama Ke Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Riyadh Air melancarkan penerbangan terus antara Riyadh dan Kuala Lumpur, menjadikan ibu negara Malaysia itu sebagai pintu masuk pertamanya ke Asia Tenggara. 

Riyadh Air Melihat Permintaan Kukuh Bagi Laluan Kuala Lumpur, Sasar Penerbangan Harian

SEPANG, 31 Julai (Bernama) -- Riyadh Air mengenal pasti Kuala Lumpur sebagai destinasi pertamanya di Asia Tenggara susulan permintaan perjalanan yang kukuh di antara Malaysia dengan Arab Saudi, kata Ketua Pegawai Komersialnya Vincent Coste.

MAHB Catat 51 Juta Pergerakan Penumpang Separuh Pertama 2026 Dipacu Perjalanan Antarabangsa

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan 51 juta pergerakan penumpang di seluruh lapangan terbangnya di Malaysia pada separuh pertama 2026, meningkat 1.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

MAHB-Mitsui Fudosan Bakal Bangunkan Kompleks Logistik Kargo Udara Bernilai RM80 Juta

SUBANG, 9 Julai (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Mitsuit Fudosan Group melabur sebanyak RM80 juta untuk membangunkan kompleks logistik kargo udara baharu dengan MAHB memegang 30 peratus kepentingan manakala 70 peratus lagi dimiliki Mitsui Fudosan.

Malaysia Airports percepat Transformasi Selepas Penstrukturan Semula 

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mempercepat transformasi menyeluruh organisasinya bagi memperkukuh tadbir urus, pelaksanaan projek dan kemampuan dalaman susulan langkah penstrukturan semula syarikat pada Mac 2025.

Malaysia Perkukuh Kesalinghubungan Udara China, Indonesia Menerusi Perkhidmatan Baharu

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia terus memperkukuh kesalinghubungan udara dengan China dan Indonesia menerusi pelancaran empat perkhidmatan antarabangsa baharu oleh Hainan Airlines, China Eastern Airlines, Wings Air dan AirAsia, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Aliran Trafik Antarabangsa KLIA Naik Dua Peratus Sejajar Kempen TMM 2026 -- MAHB

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Pertumbuhan aliran trafik antarabangsa yang berterusan hanya mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai gerbang serantau utama di bawah kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).