Terdapat 7 berita berdasarkan kata kunci carian " mohd uzir mahidin"

Siti Asiah Dilantik Ketua Perangkawan

PUTRAJAYA, 15 Julai (Bernama) -- Timbalan Ketua Perangkawan (Program Ekonomi), Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Siti Asiah Ahmad dilantik sebagai Ketua Perangkawan berkuat kuasa hari ini.

Ekonomi Pulau Pinang Kukuh, KDNK Naik 7.3 Peratus Kepada RM130.3 Bilion Pada 2025

GEORGE TOWN, 3 Julai (Bernama) -- Ekonomi Pulau Pinang berkembang 7.3 peratus pada 2025 dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat kepada RM130.3 bilion berbanding RM121.4 bilion pada tahun sebelumnya, disokong prestasi kukuh sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Ekonomi Malaysia Tunjuk Prospek Positif, Indeks Pelopor Naik 1.29 Peratus Pada April 2026 – DOSM

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Ekonomi Malaysia terus menunjukkan prospek yang optimistik dalam jangka masa terdekat, seperti yang ditunjukkan dalam prestasi Indeks Pelopor (IP), yang meningkat sebanyak 1.29 peratus kepada 115.0 mata pada April 2026, berbanding 113.5 mata pada bulan sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Perbelanjaan Pelancongan Domestik Catat Pertumbuhan 15.8 Peratus, Cecah RM34.0 Bilion Suku Pertama 2026

PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) -- Perbelanjaan pelancongan domestik merekodkan RM34.0 bilion dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 15.8 peratus pada suku pertama 2026, menurut Survei Pelancongan Domestik Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini. 

Jumlah Perdagangan Malaysia Meningkat 29.8 Peratus Kepada RM327.6 Bilion Pada Mei 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia pada Mei 2026 meningkat 29.8 peratus kepada RM327.6 bilion berbanding RM252.5 bilion pada tempoh sama tahun lepas, didorong pertumbuhan kukuh eksport dan import, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dagangan Malaysia Cecah RM3.1 Trilion Pada 2025, Pulau Pinang Ungguli Eksport -- DOSM

GEORGE TOWN, 16 Jun (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia berkembang kepada RM3.1 trilion pada 2025, merangkumi RM1.6 trilion dalam eksport dan RM1.5 trilion import, dengan Pulau Pinang terus menerajui prestasi eksport negara, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Perbelanjaan Pelancongan Domestik Malaysia Meningkat Kepada RM121.3 Bilion Tahun Lepas

PUTRAJAYA, 16 Jun (Bernama) -- Sektor pelancongan domestik Malaysia merekodkan pertumbuhan yang memberangsangkan pada 2025 dengan jumlah perbelanjaan pelawat domestik meningkat 13.6 peratus kepada RM121.3 bilion berbanding RM106.7 bilion pada 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).