TNB Mulakan Pembangunan National Grid Backbone 500kV, Perkukuh Keterjaminan Dan Peralihan Tenaga Malaysia
KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatatkan satu lagi pencapaian penting dalam komitmennya untuk membangunkan infrastruktur tenaga yang bersedia masa hadapan, menerusi permulaan pembangunan talian penghantaran National Grid Backbone 500kV yang baharu.