PETRA Pertimbang Lanjut tempoh Pelaksanan Program Suria MADANI - TPM Fadillah
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sedang menilai kemungkinan menambah baik atau melanjutkan pelaksanaan Program Suria MADANI atau SuRIA Home (Sustainable Rebate and Incentive Assistance Home) selepas tempoh pelaksanaannya berakhir pada 31 Disember, 2026.