Unit Mah Sing Jual Tanah Di Dengkil Pada RM618 Juta
KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Mah Sing Group Bhd (Mah Sing), iaitu Southville City Sdn Bhd (Southville City) memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan WG Malaysia X Sdn Bhd bagi cadangan penjualan tanah seluas 31.88 hektar di Dengkil, Selangor bernilai RM617.86 juta.