Harga MSM Dijangka Kekal Tinggi Sehingga 2H 2026, Memuncak Pada 1H 2027 Susulan El Nino
KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal tinggi pada separuh kedua 2026 dan mencapai kemuncak pada separuh pertama 2027, didorong fenomena El Nino yang sangat kuat yang dijangka melanda Asia Tenggara pada penghujung tahun ini.