Syarikat AgiBot Dari China Beri Komitmen Potensi Pelaburan RM1 Bln - PM Anwar
Daripada Harlina Samson
HANGZHOU, 23 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan beberapa pertemuan bersama pengurusan kanan dari lima gergasi industri China, dengan AgiBot Innovation telah menyatakan komitmen potensi pelaburan bernilai RM1 bilion menjelang tahun 2035 dengan pewujudan 5,000 peluang pekerjaan.