Gamuda Land Lakar Sejarah, Lancar Hotel Terbesar Rangkaian ASAI
BANTING, 10 Okt (Bernama) -- Gamuda Land melakar sejarah tersendiri menerusi pembangunan dan pembukaan hotel sulungnya ASAI Gamuda Cove, di sini, sekali gus menjadi projek hartanah terbesar di bawah jenama ASAI selepas Melaka, Jepun dan Thailand.