GLIC, GLC Mangkin Ekonomi Domestik Menerusi Pelaburan Tambahan RM120 Bilion -- Amir Hamzah
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sedang giat meningkatkan peranan dalam membangunkan ekonomi domestik, didorong oleh tambahan RM120 bilion di bawah inisiatif GEAR-uP bagi tempoh 2024-2028.