Penurunan Harga Minyak Redakan Kebimbangan Inflasi Malaysia Dan Ekonomi Global
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 25 JunĀ (Bernama) -- Penurunan harga minyak mentah dijangka mengurangkan tekanan inflasi di Malaysia dan peringkat global, meredakan kebimbangan bahawa bank pusat mungkin perlu mengekalkan kadar faedah pada paras tinggi untuk tempoh yang lebih lama, kata ahli ekonomi.