BERITA TERKINI   NADI kini jadi contoh, rujukan kepada negara-negara lain - Fahmi | 

Terdapat 5 berita berdasarkan kata kunci carian " berdaulat"

YTL AI Labs Perkasa Yes Ke Arah Telco Berteraskan AI Pertama Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Makmal Kecerdasan Buatan (AI) YTL Power International Bhd (YTL AI Labs) menjalin kerjasama dengan pengendali mudah alih Yes milik YTL Communications untuk memperluas akses rakyat Malaysia kepada teknologi AI menerusi ILMUchat, AI Malaysia.

Malaysia Terbuka Perkukuh Kerjasama Strategik Ekonomi Dengan UAE – MITI

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Malaysia sentiasa terbuka untuk memperkukuh kerjasama strategik dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam pelbagai sektor ekonomi berpotensi tinggi, termasuk industri petroleum dan gas, petrokimia serta logistik, bagi memacu perdagangan, pelaburan dan pembangunan industri bernilai tambah tinggi.

Lawatan PM Anwar Ke Rusia, Turkmenistan Perkukuh Keterjaminan Tenaga Malaysia - BRICS International Malaysia

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- BRICS International Malaysia menyambut baik hasil positif lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia dan Turkmenistan terutamanya untuk memperkukuh keterjaminan tenaga Malaysia bagi jangka panjang, meningkatkan kerjasama minyak dan gas (O&G) serta memperkukuh kerjasama ekonomi strategik.

Uzbekistan Bakal Tarik Lebih Banyak FDI Susulan Penambahbaikan Dalam Iklim Pelaburan - Presiden

Daripada Siti Radziah Hamzah

TASHKENT, 17 Jun (Bernama) -- Uzbekistan sedang berusaha untuk menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ketika negara itu melaksanakan langkah-langkah sistematik untuk menambah baik iklim pelaburannya, termasuk menubuhkan Pusat Kewangan Antarabangsa Tashkent (TIFC) dan meluaskan inisiatif penswastaan. 

Pelabur Malaysia Dipelawa Manfaatkan Peluang Infrastruktur Di Timor-Leste - Presiden Ramos-Horta

PETALING JAYA, 15 Jun (Bernama) -- Timor-Leste mempelawa pelabur Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan dan mendapatkan kontrak projek ketika negara memulakan pembangunan infrastruktur secara besar-besaran, kata Presiden José Ramos-Horta.