Casuarina Meru Sasar Kadar Penginapan Hotel 62 Peratus Tahun Ini
IPOH, 11 Ogos (Bernama) -- Casuarina Meru Sdn Bhd menyasarkan peningkatan kadar penginapan keseluruhan kepada 62 peratus bagi hotel bertaraf empat bintangnya, Hotel Casuarina@Meru tahun ini, didorong pertumbuhan positif sektor pelancongan domestik dan momentum kehadiran pengunjung yang berterusan.