Sebanyak 65 Ruang Niaga, 35 Pakej Pengurusan Fasiliti Ditawarkan Sepanjang Jajaran ECRL
KUANTAN, 2 Okt (Bernama) -- ECRL Operation Sdn Bhd (EOSB) menawarkan 65 ruang niaga dan 35 pakej pengurusan fasiliti kepada usahawan dan kontraktor tempatan di sepanjang jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sempena penganjuran Jelajah Usahawan dan Kontraktor Perkhidmatan Sokongan ECRL baru-baru ini.