Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Pengambilan Untung, Risiko Geopolitik
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat susulan pelabur mengambil keuntungan berikutan peningkatan pada sesi dagangan sebelumnya, manakala ketidaktentuan geopolitik yang berterusan terus mempengaruhi sentimen pasaran.