Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Didorong Sentimen Pasaran Lebih Positif
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin apabila sentimen pasaran bertambah baik susulan tanda-tanda kemajuan dalam perjanjian damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran serta harga minyak yang terus susut.