ACCA Utamakan Integriti, Kembali Kepada Peperiksaan Bersemuka Peringkat Global
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) kembali melaksanakan peperiksaan secara bersemuka di seluruh dunia selepas melihat tanda-tanda perubahan dalam corak tingkah laku peperiksaan yang boleh menimbulkan risiko terhadap integriti kelayakannya.