BERITA TERKINI   Liga Super: Selangor 3-0 KL City | Liga Super: Sabah 1-2 DPMM | 

Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian " jaminan kerajaan"

Perdana Petroleum Cadang OSV Sebagai 'Mata Ketiga' Memantau Kedaulatan Luar Pesisir

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 9 Sept  (Bernama) -- Belanjawan 2027 perlu mempertimbangkan penubuhan rangka kerja perkongsian maklumat secara rasmi yang membolehkan kapal sokongan luar pesisir (OSV) berperanan sebagai 'mata ketiga' dalam melindungi perairan Malaysia dan infrastruktur tenaga luar pesisir yang kritikal.

Aset Rizab Antarabangsa Malaysia Berjumlah US$132.07 Bilion Setakat Akhir Julai 2026

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Aset rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$132.07 bilion (US$1 = RM4.02), manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$368.50 juta setakat akhir Julai 2026, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Rizab Antarabangsa Malaysia Berjumlah US$132.56 Bilion Setakat Akhir Jun 2026

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Aset rizab antarabangsa Malaysia berjumlah US$132.56 bilion (US$1=RM4.08), manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$1.54 bilion setakat akhir Jun 2026, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

RCI: Jaminan Kerajaan RM88 Bilion Perlu Diaktifkan Jika TH Gagal Pelan Pemulihan

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Jaminan kerajaan kepada pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) yang kini bernilai RM88 bilion perlu diaktifkan sekiranya TH gagal melaksanakan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan LTH 2018, menurut Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Laporan RCI TH Syor Audit Forensik Terhadap 14 Pelaburan Bermasalah

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) mencadangkan supaya audit forensik dijalankan untuk meneliti bagaimana keputusan pelaburan yang lalu dibuat sehingga menyebabkan TH berhadapan dengan penurunan nilai aset yang teruk.

EFishery: Tiada Tolak Ansur Jika Wujud Rasuah, Penyelewengan Dalam Pelaburan KWAP - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kerajaan tidak akan bertolak ansur sekiranya siasatan mendapati wujud unsur rasuah atau penyelewengan dalam pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat pemula teknologi akuakultur, eFishery, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah US$130.63 Bilion Pada Akhir Mei 2026 -- BNM

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$130.63 bilion pada akhir Mei 2026, berbanding US$129.73 bilion pada akhir April 2026. 

MSPO Perisai Industri Sawit, Jamin Masa Depan Pekebun Kecil - Noraini

BATU PAHAT, 26 Jun (Bernama) -- Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) bukan sekadar sijil, sebaliknya ia merupakan ‘perisai’ kepada industri sawit negara, selain menjamin masa depan pekebun kecil.